Monday, January 2, 2012

Bye bye tabung haji

Setiap pertemuan ada perpisahan
Tapi perpisahan kali ni betul2 membuat aku sedih
Utk pertama kali dlm hidup aku, aku menangis kerana aku terpaksa berpisah dgn sahabat2 aku
Begitulah berharganya sahabat2 aku di tabung haji
Sebab mereka sgt2 menghargai kehadiran aku di sana
Bakat aku, keupayaan aku, diri aku segala2nya dihargai
Allah je tahu betapa sedihnya aku hari tu
Aku cuba menahan kesedihan aku since hari jumaat
Last2,mengalir gak air mata aku sabtu after abes kursus
Pastu kak mim,kak mun&kak ama perasan
Lagi sedih aku bila dorg pujk...hurm~ :,(
siyesly aku da mls nk truskn study aku kt unikl
Aku de rmai besfren kt sn mcm qahhar,anwar,dak2 slim
B4 nk abes pn aku dpt sorg lg besfren,seri aiman
Sedey nk tnglkn dorg sume
Byk kngn manis spjg aku kat sana
Start aku masuk, aku dpt tdo htel 5star, nk abes pn,aku dpt pluang ag
Spjg duk tbung haji, byk keistimewaan aku dpt
Xmungkin aku akn dpt sume pluang tu kalo aku xkje kt tbung haji
Aku diberi mandat tuk jd urusetia for every program slim
Aku dpt jd ajk dlm mcm2 event
Big bos lak byk bg aku projek2 besr
Tu pn da cukp besr kprcayaan yg dorg da bg kt aku
Aku seronok kat tabung haji,sgt2 seronok
Au berasa bahagia, tenang, aman&mcm2 lg r
Juz ucapan trima kasih aku ucapkn kt korg sume
Sbab berikan aku kngan pling indah dlm hdup aku
Lagi2 mlm trakhir sblum aku pergi,smpt ag kt g karoke
Hang out smpai lewt pgi,lepk tepi s.pool
Seronok sgt2 auw,cam xnk tdo je mlm tu tpi kn tdo gak sbab sok kje
Siyesly 1 pengalaman paling indah xkn aku lupakan spjg hidup aku,insyaAllah

Friday, November 18, 2011

ujian maha hebat

Ya Allah, hebat sungguh ujianMu untuk hambaMu yang hina ini
aku sedar ujianMu ini untuk menguji hambaMu
& aku juga sedar ujianMu ini tanda Engkau menyayangi diriku
tapi sampai bila aku harus menempuh dugaan yang maha hebat ini?
dari aku kecil sampai sekarang
xputus2 ujian yang datang menimpa aku
betapa besarnya dugaanMu ini ya Allah
jika ini ujianMu, berikanlah aku kekuatan
untuk aku teruskan hidup ini
berikanlah aku hidayahMu supaya aku terus berada dalam dunia ni
elakkanlah aku dari melakukan perkara2 yang dikeji olehMu
seriously, aku betul2 penat mengharungi macam2 ujian
aku dah xberdaya nak menghadapi lagi ujianMu yang maha hebat
rupa2nya apa yang dorg ckp ttg dia sumenya betul
aku betul2 menyesal sebab aku serahkan
segala jiwa dan raga aku pada dia
benda paling menyesal pernah aku lakukan dalam dunia ni
kenapa mesti kau curang pada aku selepas aku layan kau dengan baik?
walaupun aku sendiri xcukup makan, aku akan pastikan kau kenyang
walaupun aku xsihat, aku akan pastikan kau sihat
walaupun aku takde duit, aku akan usahakan supaya kau senang
sebab aku tak nak tengok kau susah & derita bila bersama aku
aku nak tengok kau senyum sentiasa bila bersama aku
sebab kebahagiaan kau adalah segala-galanya bagi aku
itu yang paling bernilai bagi aku
aku xsanggup tengok kau menderita
semua org cakap xberbaloi aku sygkan kau
selepas apa yang ko dah buat pada aku
tapi aku masih sayangkan kau sebab kenangan kita berdua
apa yang kita dah lalui selama 4 tahun bersama
jatuh dan bangun kita bersama
kasih sayang yang kau berikan cukup bernilai
terlalu bernilai bagi aku dari segala-galanya
kenapa kau xpernah menghargai apa yang aku dah lakukan pada kau?
adahkah tiada lagi perempuan yang setia dalam dunia ni?
aku sayangkan kau, aku sayangkan keluarga kau
tapi kau xpernah hargai semua tu
kenapa kau mesti curang pada aku? kenapa NURUL NADIA SABARUDDIN?
semua tu xberharga ke bagi kau?
setiap hari aku doakan kau bahagia & selamat even aku menderita
sebab aku xmampu nak tengok kau bersedih


kawan-kawan, terima kasih banyak2 sebab banyak tolong aku
Allah je dapat balas jasa korang
aus, syafiq, gina, zati, syira, siti & kawan2 lain
seriously, aku sygkan korang sangat2 sebab
korang kawan terbaik pernah aku ada
to all my sis & bro, abg ron, kak farah & kak su
thanks byk2 sebab banyak tlong adik dalam macam2 masalah
adik minta maaf sebab selalu menyusahkan abg&akak
saya bukan adik yang baik untuk korang
saya rasa saya xlayak untuk jadi adik kepada korang
rasa bersalah sangat2 dalam hidup ni
adik minta maaf sgt2 pada abg & akak, adik sygkn abg & akak
doakanlah supaya adik dapat teruskan hidup yang sangat mencabar ni
sekarang aku gembira sangat2 di tabung haji sebab di sini aku tenang
aku ade ramai kawan-kawan, aku ade ramai
abg & akak yang selalu ceriakan aku
walaupun aku selalu senyap dalam ofis ni
minta maaf banyak2 if korang terasa hati dengan saya
sepatutnya aku dah habis praktikal kat sini
tapi aku sambung sampai hujg tahun sebab aku xnk buang masa
kalau boleh, aku nak terus keje kat situ
aku xnak balik ke unikl lagi
sebab bila aku balik ke unikl, hati aku takkan tenang macam skrg
korang xtaw betapa susahnya untuk sembunyikan penderitaan
& berpura-pura gembira di hadapan korang semua?
dah setahun lebih aku berpura-pura tapi sampai bila?
aku nak sangat gembira macam dulu
being happy go lucky guy like my friend said to me
aku nakkan kehidupan aku yang dulu
tabahkanlah hati hambaMu ini ya Allah!tabahkanlah..


Sunday, October 30, 2011

manusia durjana

setiap hari aku doakan kau bahagia & gembira
setiap hari aku doakan kau ditunjukkan hidayahNya
setiap hari aku doakan kau akan selamat
aku masih sayangkan kau cuma mungkin sebagai kawan
aku tak mungkin akan menerima kau lagi dalam hidup aku
tapi aku tak pernah berdendam dengan kau
sebab kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku
makin lama pintu hati aku makin tertutup
mungkin status player lebih sesuai dengan kehidupan aku?
sama macam pernah aku lakukan sebelum ni?
aku tak kisah apa orang lain nak kata
aku tak kisah kalau takde orang nak melayan aku
sebab aku rasa aku dah xnak menyusahkan sesiapa lagi
dah setahun lebih, cukuplah apa yang aku dah lalui
banyak hikmah yang aku dapat sepanjang tempoh ni
aku bersyukur Dia tunjukkan aku jalan yang benar
biarlah apa orang nak wat kat aku
kelak pembalasan akan mereka terima 1 hari nanti
orang yang tertindas, pasti akan dibela, insyaAllah
biarlah aku banyak makan hati sekarang
bila manusia2 durjana ini kembali pada aku
aku takkan menoleh lagi
insyaAllah


Wednesday, October 12, 2011

DIAM!



"berdiam lebih baik dari bercakap tanpa tujuan"




insyaAllah mendiamkan diri

adalah senjata terkuat

untuk mendapatkan kemenangan


Thursday, August 11, 2011

harimau vs singa

dah lama aku xdapat update blog
almaklumlah buzy kat tempat keje
boleh kata keje tanpa henti jugalah
internet pun dah xboleh guna
aku balik rumah terus tido
takde pe yg aku wat lagi
aku nak update blog ni pun sebab nk cter ttg
match between HARIMAU MALAYA & SINGAPORE
aku di antara 90,000 lebih penonton yg dtg ke stadium
hampir habis 1st half aku terpaksa berdiri di luar
sebab tempat duduk dah penuh
but then, aku dapat duduk seat baik punya
bila gol,masyaAllah aku jadi lupa diri
dengan semangat aku kibarkan bendera HARIMAU MALAYA
sambil berdiri atas tiang
xpernah aku camtu sebab aku ni jenis pemalu
tapi bila dah tgk bola, habis hilang rasa malu tu
tapi frust juga r bila tgk skuad negara kalah
pas habis perlawanan, aku tetap menunggu
yg bestnya, sambil aku berdiri atas tiang dengan megah
bersama bendera HARIMAU MALAYA
aku dapat lihat kelibat Khairul Fahmi & Safee Sali
menunjuk ke arah aku berdiri sambil memohon maaf
mungkin sebab aku masih berdiri sambil memegang
bendera dengan tinggi
lagipun masa tu, ramai yg dah berpusu2 balik dengan hampa
tapi 1 experience paling berharga bagi aku
alhamdulillah~


Tuesday, July 26, 2011

at pullman putrajaya wih tabung haji

hari jumaat yang lepas, aku & department aku ke pullman putrajaya
untuk event persaraan pekerja2 tabung haji

aku terlibat sebagai AJK majlis

baru je masuk 1st week aku dah dapat jdi ajk
rasa sangat2 bertuah sebab bukan senang dapat event besar camni

byk benda yg aku dah belajar sepanjang event ni
byk pengalaman baru yg aku dapat

dapat pula tido kat hotel 5 star & mkn kat cruise
rasa cam heaven gler r
aku sebilik dgn abg Qahhar, juga AJK majlis

pagi, petg, malam asyik makan je kat coffee house

risau aku sebab makin bulat aku...hehe!
mana xnya, kalo bole aku nak makan sikit2 je
tapi bila tgk makanan yg dihidangkan, xdpt nk menolak kadang2 sampai 1jam lebih aku lepak
kat coffee house tu menikmati makanan

lama giler kn? hehe!
paling xtahan dessert beratur panjang

menanti tuk masuk dalam mulut aku. hahaha!

tido lak memang lena sampai aku yg xpernah berdengkur
pun ley berdengkur dalam bilik tu. hahaha!
al maklumlah tido sekejap je, penat sgt lak tu

ni aku de uploadkan sekali gambar2 masa pullman
menceritakan selebihnya keseronokan semasa di sana

atas cruise


dengan ajk majlis selepas tamat dinner


gambar candid ni


ni pun candid gak


dgn rakan2 ofis

Belangsungkawa Syafiq Aswadi Bin Hishamuddin

aku wujudkan entri ni khas tuk arwah
selama 4 tahun aku duduk serumah dengan arwah
memang terlalu banyak kenangan dengan arwah
pergi bercuti sama2, pergi makan sama2, tido sebelah2
jelas sekali amat terasa kehilangannya even
kami selalu berselisih faham
tapi persahabatan kami masih seperti biasa walau
teruk camne pun kami berselisih faham
sebab sahabat selamanya tetap menjadi sahabat
serius, petg ahad aku dah rasa xsedap hati tiba2
malamnya aku dikejutkan dengan berita dari aus
aku sangat terperanjat bila beritahu arwah dah pergi meninggalkan kami
aku semacam xpercaya, lalu aku telefon nazri & nazri mengiyakan
aku rasa tak dapat terima lebih2 lagi sungguh ngeri kemalangannya
yg peliknya, setiap hari aku akan buka tv utk dgr berita
tapi malam ahad tu aku langsung tak terdetik nk buka tv
rupa2nya sahabat aku sendiri menjadi mangsa kemalangan
semalam aku & kawan2 serumah ke tjg malim
menziarahnya di rumah utk kali terakhir
alhamdulillah, aku dpt sembahyangkan arwah hingga
arwah disemadikan di liang lahad
sepanjang detik tu, aku teringat segala kenangan dengan arwah
ketika gembira, sedih & macam2 lagi
semuanya bercampur baur perasaan aku

Untuk arwah Syafiq Aswadi Bin Hishamuddin,
aku minta maaf atas segala salah & silap aku
aku minta maaf jika aku ada terkasar
aku minta dihalalkan segala makan & minum aku
aku tetap sygkan kau sebab kau sahabat aku apatah lagi kita sebilik
sehingga sekarang aku masih tak dapat menerima kenyataan yg kau telah pergi
aku doakan kau di tempatkan di kalangan org2 yg beriman &
segala dosa kau diampunkan oleh-Nya
rest in peace my lovely friend T_T



Wednesday, July 6, 2011

sacrifice

setiap pagi aku akan bangun seawal 6 pagi
semata-mata hendak mengambil kau
aku bersiap paling awal setiap hari
pukul 7 aku dah dalam perjalanan mengambil kau
715 aku akan sampai di rumah kau
aku sanggup tunggu kau muncul
kadang kala sampai 730 baru kau kuar
tapi aku sanggup tunggu sebab xsanggup tengok kau penat jalan kaki
aku akan tunggu sehingga kau habis kelas
untuk menghantar kau selamat pulang ke rumah
walaupun lrt berdekatan dengan campus
tapi aku tak mampu biarkan kau hidup susah
walaupun hujan, walaupun aku basah
walaupun aku menghadapi bahaya, aku tetap hantar kau pulang
sebab aku nak kau selamat pulang ke rumah
aku sanggup tunggu sehingga kau masuk pintu rumah & kunci
baru aku pulang ke rumah
setiap hari pukul 10 malam aku akan tido
sebab aku tak nak terlambat mengambil kau setiap pagi
selama 4tahun aku hidup camtu
aku korbankan masa aku hanya untuk kau
aku ikat perut aku kalau kau nak makan makanan kegemaran kau
aku sanggup berlapar sementara supaya aku dapat buat kau gembira
sebab aku sukakan senyuman dan gelak tawa kau
aku sanggup lakukan apa saja asalkan aku dapat lihat semua tu
kau tahu tak betapa pentingnya kau dalam hidup aku?
kalau ikutkan aku dah 2 tahun tawar hati kat kau
tapi aku kuatkan semangat aku setiap saat
aku tak nak tengok kau menangis kerana aku tinggalkan kau
sebab aku sayangkan hubungan kita
aku sayang apa yang kita pernah lalui bersama
tapi akhirnya kau yang tinggalkan aku
tak sangka hanya kerana harta & duit kau boleh berubah
sia-sia apa yang aku dah korbankan selama ni untuk kau
tapi aku tak pernah menyesal bertemankan kau
aku tak pernah menyesal menyintai kau
sebab kau akan sentiasa kekal dalam ingatan aku
kau akan sentiasa kekal dalam hati aku
insyaAllah~


Wednesday, June 22, 2011

boling

hari ni aku rasa nak ceritakan benda
yang banyak berkaitan dalam hidup aku
B. O. L. I. N. G. = BOLING
dalam hidup aku banyak berkaitan dengan boling
aku start main boling tahun 2001
first time aku main kat Hugo, Kuantan
bersebelahan hotel aku menginap, hotel MS Garden
start daripada tu, aku makin galak main boling
kebetulan 1 pusat boling dah open kat muar
so, every weekend aku akan main kat sana
kalo xsorang2, dengan family, kadang2 dgn kwan2
permainan aku just straight ball je
bila every weekend@habis waktu sekolah, aku ada kat tempat boling
sampai akak2 yg jaga kaunter pun kenal aku
kadang2 aku gurau2 gak dgn dorang
cuma ada sorang yg aku xdpt borak2
dia cuma senyum je & uruskan kaunter
tapi yang pelik, setiap kali aku main,
dia akan memerhatikan aku & kawan2 aku pun cakap camtu
tapi ntah, aku wat derk je sebab mungkin aku setia dgn gf aku
then tahun 2004, ada tournament boling for 1st time kat muar
aku & kwn2 maahad macam izzul, nabil, hisyam & yg lain2 training
utk pemilihan pemain maahad muar ke tournament
lastly, aku berjaya lepas pemilihan & jadi wakil
dalam tournament tu, aku dapat gangsa tuk maahad
sekurg2nya aku berjaya juga harumkan nama maahad muar
sebelum pindah ke sekolah lain
lepas aku pindah, kelab boling ditubuhkan
ada kawan beritahu aku :
"rugi ko pindah farid, kalo x confirm ktorg calonkan
ko jadi Presiden Kelab Boling"
then aku kata xapalah,dah xde rezeki
aku frust sedikit sebab xsilap aku kelab boling tu
yg pertama di maahad muar
so,aku xsempat menjadi sebahagian dari sejarah sekolah
even aku berjaya dapat pingat pertama dalam boling tuk maahad
tapi aku fikir balik, rezeki x kemana
lepas aku pindah sekolah,aku still aktif dalam boling
tahun 2005, aku jadi Presiden Boling utk SM Teknik Tanjung Puteri
dari situ, aku cuba kembangkan bakat aku
aku join lagi sekali tournament MSSD JB
kebetulan aku join tournament,ade pula meeting agung pengawas
di mana aku buat pertama kali sebagai calon KP
tapi aku sanggup tinggalkan mesyuarat agung & bertanding
alhamdulillah, aku dapat pingat gangsa lagi
& yg paling istimewa, aku dapat anugerah bagi
jatuhan pin paling tinggi iaitu 202
disebabkan aku tinggalkan meeting, pemilihan dibuat sekali lagi
& aku hanya layak sebagai penolong KP
tapi aku xkisah sebab berbaloi apa yg aku dapat hari tu
lagipun tanggungjawab aku xberat sgt
sebab aku banyak pegang jawatan lain as Presiden Kelab Boling,
Presiden Persatuan Pendidikan Islam & AJK PBSM
mulai hari tu, aku fikir perlu serius dalam sukan ni
so, bila balik muar, aku akan ke pusat boling
& dapatkan latihan dari jurulatih korea
dia yang mengajar aku cara nk hook & spin
lastly aku lebih selesa dgn spin
so, till hari ni aku masih menggunakan permainan spin
kadang2 aku guna hook bile minyak di lane banyak sebab senang
then aku dapat taw dari kawan sekolah aku
yg aku terpilih utk mewakili JB dalam boling
tapi dah terlambat sebab masa aku taw,game da nk dekat
coach merangkap cikgu aku pun xtaw aku terpilih
sekali lagi rezeki tak berpihak pada aku
aku xberasa kecewa sangat sebab aku taw bukan rezeki aku
then melalui club, aku anjurkan pertandingan boling
alhamdulillah, dapat sambutan & 1bus aku gunakan
seronok jugalah sebab kali pertama aku anjurkan pertandingan
dengan bantuan guru pembimbing & kawan2 aku yang lain
habis je spm, aku turun ke muar main boling dengan kawan2 aku
izzul ajak kawan2 dia main sekali
dari situ aku kenal fazilah @ zila dari izzul
then aku yg masih single try dptkan no dri izzul
bila aku cal, aku taw yg aku xbertepuk sebelah tangan
then, aku selalu turun muar, main boling dgn zila
tapi hbungan ktorg xpanjang sebab hubungan makin renggang
then aku kenal NN
aku pernah ajak NN main boling & ktorg pergi main ramai2
NN cakap dia suka cara aku main boling
& aku pun gembira sangat
dari situ juga hubungan ktorg makin rapat
tapi selepas tu, aku dah jarang main boling
mungkin sebab aku sibuk dengan hal lain
mungkin juga jauh tempat tuk aku bermain boling
so, kadang2 je aku main bila aku dah gian
ada tournament, aku join dgn group tuk suka2 je
dapat juga la hamper dengan team MAKI
skrg ni aku dah aktif balik main boling
sebelum aku pindah, aku selalu main boling kat wangsa walk
lepas aku dah pindah dari sentul, mungkin midvalley
atau sunway piramid destinasi aku selepas ni
aku hope 1 hari nanti aku diberi peluang tuk bermain
di peringkat yang lebih tinggi. insyaAllah~


Thursday, June 16, 2011

sucks

lama juga aku xupdate blog aku
maklumlah, aku dah pindah rumah
mungkin hidup aku akan lebih tenteram tanpa internet
kebelakangan ni aku rasa perasaan yg pelik sgt
mungkin agak keterlaluan bagi korang
tapi itulah yang aku rasa sekarang ni
aku rasa benci terhadap PEREMPUAN!
yerp! aku benci sangat2 tapi kadang2
maybe statement aku ni akan mengundang persepsi yang berbeza
tapi kadang2 aku rasa memang patut
perempuan2 yang xguna ni kena simbah asid
walaupun kadangkala aku rasa kesian kat diorang
aku xtaw aku patut rasa kesian @ hepi
sebab aku sendiri xpasti dengan perasaan aku sekarang
selama aku hidup kat dunia ni
perempuan xhabis2 mendatangkan masalah pada aku
lebih2 lagi ex2 girlfriend aku
mereka semua ni lah yang menyebabkan rasa benci aku pada perempuan
dulu aku pernah benci pada perempuan
sampai aku ambil keputusan untuk hancurkan hati orang
sebab hati aku sengsara dipermainkan perempuan yang xguna
betul cinta boleh membawa kepada perubahan, kebahagiaan
tapi cinta juga boleh membawa kepada kehancuran, kemusnahan
tapi dari situ aku cuba mendalami cinta
seseorang mengajar aku erti cinta & kesetiaan yang sebenar
aku mula belajar dan memahami segalanya
tapi dia juga yang menghancurkan segala kepercayaan aku pada cinta
tapi aku xberbalik kepada dunia aku yang dulu
sebab aku tak nak jadi teruk macam dulu
aku da xsanggup permainkan perasaan orang
sebab aku percaya cinta tu ada & boleh buat manusia bahagia
kemudian aku temui seorang perempuan
yang aku sangkakan permata dalam hidup aku
4tahun aku hidup bersama dengan dia
bermacam liku2 kehidupan aku tempuh dgn dia
tapi sekali lagi kesetiaan & kasih sayang aku dipermainkan
semuanya hanya kerana wang ringgit
perlu ke aku pegang pada cinta & kesetiaan lagi?
memang cinta kita hanya pada Dia
tapi sekurang2nya cinta duniawi akan memberi kita
sesuatu di dunia ni sebab hidup hanya sekali
aku inginkan keluarga aku sendiri
aku inginkan zuriat aku sendiri utk meyambung legasi aku
tapi aku xpasti lagi perlu ke semua ni
cinta itu adalah anugerah Ilahi
1 nikmat yang tidak terperi
tapi sekarang aku dah sangsi utk percaya pada cinta lagi
aku xpercaya lagi pada kesetiaan & kasih sayang
aku rasa mungkin takdir aku utk hidup keseorangan
susah utk aku percayakan sesiapa lagi dalam dunia aku
aku tak nak kembali pada diri aku yang dulu
& aku juga tak nak kembali jadi seorang yang setia pada cinta
i hate love damn much! love sucks!


Monday, May 30, 2011

i'm bored with L.O.V.E


bubye C-16-3
da 5 tahun aku hidup kat apartment melur ni
akhirnya aku akan berpindah
aku akan duduk jauh dari KL
maybe dengan cara ni akan wat aku
lebih cepat melupakan apa yang aku pernah lalui
ramai orang perasan tentang perubahan sikap aku
aku dah xgila2 macam dulu
kalo x, setiap hari akan dengar gelak ketawa aku
setiap hari kwn2 aku diusik aku di uma ni
tapi sume tuh da takde lagi
aku adalah FARID yang baru
AID GAMI yang baru, lebih keras hatinya dari dulu
tapi sekeras mana pun hati, kasih syg tetap dalam diri
tak pernah ada sekelumit benci pun dalam hati
cuma menyesal dengan apa yang pernah terjadi
susah utk aku hidup gembira lagi
susah utk aku jumpa lagi FARID yang dulu
FARID yang sentiasa mengusik orang
FARID yang sentiasa menghiburkan kawan2
walaupun aku sendiri tak suka dengan diri aku yang sekarang
tapi adalah lebih baik aku begini
kalau boleh, aku nak keraskan hati aku
agar secebis kasih sayang pun xde lagi dalam hati aku
aku perlu menutup pintu hati aku utk perempuan
supaya aku tak kembali menghadapi sekali lagi
saat2 yang paling aku benci dalam hidup aku
biarlah aku keseorangan & kesunyian
asalkan hidup aku lebih senang, lebih teratur
tidak ada guna kita fikirkan orang lain
jika tiada orang fikirkan tentang diri kita
kalau boleh, aku xnak kawen lagi
tapi siapalah aku utk melawan takdir Tuhan
kerana aku percaya pada Dia
setiap insan di dunia ni ada jodohnya sendiri
even tidak di duna, insyaAllah di akhirat nanti
kerana setiap insan pasti ada teman
semoga satu hari nanti akan ada seorang insan
yang baik hati membuka pintu hati aku semula
but now, aku perlu fikirkan tentang diri aku sendiri
i need to be SELFISH! not CHILDISH!
i need to change myself. sori guys~
selamat tinggal C.I.N.T.A!


Sunday, May 29, 2011

sekali kita pernah menjadi seperti satu keluarga, selamanya kita akan menjadi satu keluarga


KELUARGA

satu perkara aka benda paling berharga untuk setiap insan
tanpa keluarga, siapalah kita
tanpa mak & ayah, tak mungkin kita hidup di dunia
bagi aku juga, keluarga paling penting dalam hidup aku
aku sangat menghargai kasih sayang dari keluarga aku
even aku tak selalu bersama dengan keluarga aku
dari aku tingkatan 1, hidup aku di hostel
sehingga aku habis sekolah, aku masih berjauhan dari keluarga aku
sehingga sekarang, aku hanya duduk di rumah sewa
keluarga sentiasa berjauhan dari aku tapi
hati aku sentiasa dekat dengan mereka
i LOVE you my family
terima kasih sebab berikan angah segala2nya
sepanjang 23 tahun angah hidup even angah tak selalu bersama
selain itu, aku masih ada 1 lagi keluarga
tetapi aku tahu aku da tak dapat nak bersama mereka lagi
aku betul2 rindukan mereka, suasana keluarga mereka
but mungkin mereka dah bencikan aku
saya rindukan keluarga uncle & auntie
saya teringin nak bersama keluarga auntie
saya ingat lagi saat auntie memeluk saya
kali terakhir kita bertemu
dari situ saya dapat rasa kasih sayang
& keinginan auntie untuk melihat saya berubah
saya tahu saya da banyak buat salah
tapi saya tetap sayangkan auntie & family
even saya dilayan seperti sampah
abg iwan, zura, fara, aynn, iman
abg farid minta maaf sebab banyak buat salah kat korang
tapi abg farid betul2 sayangkan korang
abg farid da anggap korang macam adik beradik abg
abg seronok bila bersama dengan korang
tapi abg da xdpt nk bersama dengan korang lagi
saat2 paling berharga yang abg ingat
bila korang ckp yg korang sygkn abg
abg pun syg sgt2 kat korang
maafkan abg atas segala salah & silap abg
abg rindukan korang
really2 miss korang T_T
even kita da terpisah jauh & tak mungkin jumpa lagi
kasih sayang abg terhadap korang takkan pernah berubah
insyaAllah~
kalau lah abg boleh undurkan masa
abg teringin sgt ubah segalanya supaya abg dapat bersama korang
tapi semua ni da ditakdirkan Allah
mungkin akak korang lebih sesuai bersama dengan orang lain
abg sentiasa doakan korang bahagia, epy & selamat
i'll always pray 4 ur happiness N
thats the very important to me
i want u to smile always
i really2 miss ur smile
even kita takkan berjumpa lagi
sekali kita pernah menjadi seperti satu keluarga,
selamanya kita akan menjadi satu keluarga
maafkan farid & maafkan abg


Thursday, May 26, 2011

takkan bahagia


"Kita takkan bahagia jika kita hidup atas penderitaan orang lain"

INSYAALLAH!


PS : sori lama xupdate blog. bz dengan balik ke kampung, short sem & perpindahan.


Thursday, May 19, 2011

loyalty?

kesetiaan?
ada guna lagi ke dalam dunia sekarang ni?
aku rasa nak buang jauh2 benda tuh dalam hidup aku
siyes aku menyesal sebab setia pada perempuan
tapi perempuan xpernah setia pada aku
tapi xpela, 1 hari korg akan dapat balasan korang
what goes around, comes around, insyaAllah
perlu ke aku jd PLAYER cam dulu?
perlu ke aku jadi benci pada perempuan macam dlu?
perlu ke aku nk permainkn perasaan prempuan lagi?
aku dah susah nak percayakan perempuan lagi
sekarang ni aku dah kerap sakit dada
aku selalu rasa sesak nafas
ajal aku dah nak sampai ker?
episod2 yg aku tulis dlm blog ni, sumenye memori indah aku
menunjukkan betapa berharganya korang dalam life aku
aku xpernah lupa sume memori2 manis aku
insyaAllah akan aku simpan sampai akhir hayat aku
jika ini post aku yg terakhir, jdikan lah pengajaran episod2 aku ni
jgn kita terlalu percayakan seseorang sepenuh hati
& jgnlah kita terlalu cintakn seseorang lebey dari
kita cintakan Allah & Rasul serta diri kita sendiri
fikirkanlah diri kita sendiri sebelum fikirkan org lain
aku dah byk buat silap dalam hidup aku
aku dah byk berkorban utk org lain
aku dah byk terasa hati dgn sesetengah org
aku menyesal sebab sygkn seseorg lebey dari diri aku sendiri
itulah kesilapan aku yg paling besar pernah aku buat
ingatlah kwn2, walaupun aku dah xde
aku akan sentiasa ade dalam diri korang sume
aku tak pernah lupa sape kawan aku
aku sygkan korang sume
jika betullah ini post yg terakhir
kunjungilah pusara aku, sedekahkanlah Al Fatihah utk aku
itu je yg aku pinta dari sahabat2 aku
aku sygkan korang sume
utk family angah,angah sygkn korg sume
angah taw angah byk buat silap
angah bukan anak yang baik
tapi walau sape pun angah, angah tetap sygkn kluarga angah
utk adeq2 abg (cuya & fin ), jaga diri korg elok2 yer
abg nk korg taw korg lah adeq2 abg yg terbaik pernah abg ade
abg betul2 sygkn korg cam abg sygkn adeq kndung abg sndri
utk sahabat2 aku, terima kasih sbab sudi jd sahabat aku
aku takkan lupakan jasa korang dunia & akhirat, insyaAllah
semoga 1 hari nanti, kita akan dipertemukan semula
amin..


Tuesday, May 10, 2011

Surah An-Nur [24:26]


"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,
dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula),
sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,
dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).
Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.
Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)."

(Surah An-Nur, 24:26)